Bahan-bahan :
Ikan jenahak (you can use any fish especially ikan darat)
Halia (dihiris memanjang)
Bawang besar (dipotong menjadi 4 bahagian)
Bawang putih (dihiris)
Serai (dipotong)
Cili merah (dipotong)
Cuka
Garam halus
Serbuk perasa
Air
Biji sawi
Cara-cara membuat :
1. Ikan dibersihkan and potong mengikut saiz yang dikehendaki. Then, goreng ikan tersebut. Angkat dan toskan.
2. Untuk buat kuahnya, tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
3. Selepas dah naik bau tumisan tadi, masukkan :-
- air sebanyak 500ml (ikut kemahuan sendiri)
- sedikit cuka biar rasa masam sedikit
- garam dan serbuk perasa secukup rasa
- biji sawi sedikit
4. Biarkan bahan-bahan tadi sebati sehingga mendidih then masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
5. Ikan masak cuka sudah siap and boleh la dihidangkan untuk dimakan seisi keluarga.
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN! :)
p/s : Mak saya cakap ikan tuh tak boleh guna ikan siakap sebab isi ikan siakap very the lembut so takut nanti hancur dalam masakan tersebut. Betul ker tak cuba la. Haha :p