Spegetti ni sgt bes dan mudah untuk dibuat....ade je jual kat kedai dia nyer souce..
so kire tinggal buat je nih.....kalo ikot boleh je kurang2 kan sikit bahan2 kat bwh nih...
student kan...buat pe nak beli byk2 sgt bahan2...janji sedap sudah....^_^
Bahan-Bahan
1) 1 paket spagetti
2) 1 bungkus daging/ayam cincang Ramly
3) 1 tin Prego pasta sauce
4) 2 biji tomato yang dibuang kulit (cincang)
5) 4 ulas bawang putih (dihiris)
6) 1 biji bwg besar (dihiris)
7) Butter & minyak masak
8) Cendawan butang tin belah 4
9) Pepper, Garam
10) Sedikit gula, Mayonis
11) Grated cheese
Cara-cara
A. Spagetti
Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
Masukkan spagetti dan masak hingga lembut
Angkat dan toskan dlm tapis
Utk mengelakkan spagetti melekat, campur sedikit butter.
B.Kuah
Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak.....
Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing.....
Masukkan daging/ayam cincang dah masakkan hingga daging/ayam masak....
Masukkan 1 tin Prego pasta source, cendawan butang,tomato, Kacau.....
Masukkan pepper, garam, gula, secukup rase dan kacau lg sampai masak....
Letakkan spagetti dlm pinggan,
tuangkan kuah di spagetti,
letak sedikit mayonis dan taburkan cheese.
Kalau nak buat kuah tu cair, tambahkan air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan