20 Julai 2011

Sarang Semut


Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 100g gula halus
  • 350g tepung gandum (diayak)
  • 100g tepung custard (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
  • Chocolate rice/manik untuk hiasan

Cara-cara


  1. Pukul kembang butter dan gula
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara 

Biskut ni senang sangat nak buat and sedap ! Al maklum laa da dekat nak raya ni kan. Dah boleh laa kita try - try. :D

18 Julai 2011

Kuih Tako


Bahan - bahan :

Lapisan Bawah
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan gula
1/2 cawan jagung manis atau sengkuangcina
sedikit pewarna hijau

Lapisan Atas
1 cawan tepung jagung
5 cawan santan
1/2 camca garam

Cara-cara
Masukkan bahan lapisan bawah, kacau dengan api perlahan sehingga pekat.
Masukkan jagung manis atau sengkuang, kacau rata kemudian masukkan dalam acuan. Boleh menggunakan bekas plastik atau acuan daun pandan.
Biarkan seketika lapisan bawah keras sedikit, kemudian masakkan lapisan atas dan tuangkan pada lapisan bawah tadi.
Sejukkan seketika, boleh dihidangkan dan di ngap masuk perut. Kalau sejukkan dalam peti ais lagi best !

Kuih tako ni sedap and senang sangat nk buat, korang boleh laa try buat.